SeLaMaT DaTaNg kE BloG DaiRi SoSiOLinGuiStIk MiELaSaiD91

Thursday 4 April 2013

KEPELBAGAIAN DIALEK

ASSALAMUALAIKUM....
dah sampai ke entri yang terakhir kawan-kawan...>_<

asa berat hati...:'(

bagi entri terakhir ini...saya ingin menyimpulkan serba sedikit berkenaan perkara-perkara yang telah dikongsikan selama 5 minggu ini dengan memuatkan sebanyak 25 entri..:)


Malaysia terbahagi kepada empat belas buah negeri seperti Terengganu, Perak, Kelantan dan banyak lagi. Kepelbagaian negeri ini telah mewujudkan pelbagai dialek mengikut tempat tinggal masing-masing. Sepanjang belajar di UPSI, saya telah menemui ramai pelajar dari negeri lain yang bertutur mengikut dialek negeri mereka sendiri. Peristiwa ini membolehkan saya memperolehi banyak pengetahuan tentang dialek negeri-negeri lain. Malah, saya dapat mempelajari dialek ini daripada rakan-rakan lain yang berasal dari negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu. Antara contoh kata nama yang sempat saya pelajari daripada mereka ialah:

Bahasa baku
Perlis
Kelantan
Terengganu
Air
Ayaq
Aiey
Ayer
Orang
Oghang
Oghe
Oghang
Kereta
Kegheta
Kreto
Kete
Kertas
Keghetas
Keghetas
Kettah
Khabar
Habaq
Kaba
Kabo
Bandar
Bandaq
Banda
Bando
Rumah
Ghumah
Ghumah
Rumoh
Kubur
Kubuq
Kubor
Kubo

Dialek bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat, daerah, negeri dan lain-lain. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang. Dialek ini dianggap sebagai variasi bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu itu sendiri. Kebiasaannya, masyarakat penutur yang mempunyai dialek tersendiri seperti di Perlis, Kelantan, Terengganu dan sebagainya akan menggunakan bahasa dialek mereka dalam perbualan seharian. Dialek yang wujud dalam kalangan masyarakat Melayu ini wujud disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah  persekitaran, geografi, pengaruh ibu bapa, masalah fizikal, politik, penjajahan dan sebagainya.

Pendapat:

sebagai rakyat Malaysia, kita perlu tahu serba sedikit berkenaan dengan bahasa atau dialek khas bagi negeri-negeri lain agar ilmu itu boleh digunakan di alam mahasiswa atau mahasiswa nanti...:)..terutama bagi bakal guru yang akan di'posting'kan ke negeri-negeri yang mempunyai dialek seperti Kedah, Terengganu, Perlis dan lain-lain lagi...:P


semoga kita berjumpa lagi nanti kawan-kawan...jagi diri baik-baik semua..love you all...>_<

Wednesday 3 April 2013

SATU EJAAN TAPI BANYAK MAKNANYA

assalamualaikum kawan-kawan...ada satu ejaan tapi banyak maknanya...:)

cube teka...^_^


dok rok cetong la mung ni......

Ayat di atas sering kali diucapkan oleh masyarakat yang tinggal di Terengganu. Malahan, perkataan rok hanya boleh difahami oleh masyarakat yang tinggal di Pantai Timur sahaja. Dok rok dikenali di Terengganu dengan maksud  tidak gagah ataupun tidak boleh diharap. Dok ialah sama dengan tidak. Yang ingin saya tekankan di sini ialah perkataan rok. Saya telah merujuk Kamus Dewan bagi mendapatkan makna sebenar perkataan ini.

Mengikut Kamus Dewan, rok memberi maksud kepada empat perkara. Hal ini jelas menunjukkan bahawa perkataan ini bukan hanya digunakan di Terengganu tetapi perkataan ini tidak diguna pakai oleh masyarakat di negeri lain. Perkara ini berlaku mugkin disebabkan mereka tidak biasa menggunakan perkataan ini. Padahal perkataan ini mempunyai banyak makna. Antara maknanya ialah :

1)  Muzik yang mempunyai rentak yang kuat.
2)  Baju perempuan mengikut gaya barat seperti gaun.
3)  Belukar.
4)  Larat atau upaya.

Pendapat:

sesuatu bahasa itu wujud kerana ada sejarahnya yang tersendiri. :)


Tuesday 2 April 2013

BAHASA MERAJUK

assalamualaikum kawan-kawan...
bertemu lagi kita pada hari ini dengan entri yang baru...:)
sebebnarnya saya kekeringan idea untuk diceritakan kepada kawan-kawan dalam skop yang telah ditetapkan iaitu BAHASA....

bahasa merajuk???

                           

 
                                     


Pendapat:

Bahasa merajuk ialah bahasa orang yang kecewa atau berkecil hati kerana sebab-sebab tertentu. oleh itu, kita perlu cuba bertolak ansur dalam sesuatu perkara supaya tidak mengeruhkan kembali keadaan. bahasa merajuk dapat difahami dengan tingkah laku dan ucapan dengan nada yang berbaur kekecewaan yang keluar daripada mulut seseorang.

Monday 1 April 2013

DIALEK TERENGGANU

ASSALAMUALAIKUM....
hai kawan-kawan...apa khabar??
hari ini kita akan mempelajari mengenai dialek terengganu..
urmmmmm...mesti semua orang kenal Ustaz Azhar Idrus kan???
mari kita hayati dulu ape yang beliau sampaikan kepada kita sebagai pendakwah..


itu dia kawan-kawan...apa yang kawan-kawan dapat daripada selingan ceramah tersebut?
sama-sama kita tambah ilmu ye...:)
pada episod kali ini, kita akan mempelajari sedikit mengenai diaalek terengganu nih...
dengar macam susah..tapi sebenarnye mudah je...:P



saya juga akan berkongsi dengan anda mengenai dialek terengganu ini dengan menyediakan sedikit senarai perkataan-perkataan baku yang disebut dalam bahasa terengganu dan bagaimana menyebutnya...anda boleh lihat dengan lebih lanjut di kamus dialek terengganu ini untuk mendapat lebih informasi... KAMUS DIALEK TERENGGANU

pendapat:

pada pendapat saya, dialek boleh digunakan dalam aktiviti sosial bersama semua golongan. hal ini membantu memudahkan pendialek terdsebut untuk berkomunikasi tanpa merasa kekok dengan suasana baru. namun begitu, dialek harus diketepikan penggunaannya jika ianya berkaitan dengan urusan rasmi.