Bahasa Isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir bukannya suara untuk berkomunikasi. Kaum Tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini. Biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan dan tubuh serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan ffikiran mereka.
Bertentangan dengan pendapat orang ramai, pada kenyataannya belum ada bahasa isyarat internasional yang berjaya diterapkan. Bahasa isyarat dikatakan adalah unik kerana terdapat dalam pelbagai jenis di setiap negara masing-masing. Bahasa isyarat boleh juga berbeza di negara-negara yang menggunakan bahasa yang sama, misalnya seperti negara Amerika Syarikat dan Inggris, walaupun kedua-dua negara ini memiliki bahasa bertulis yang sama, tetapi mereka memiliki bahasa isyarat yang sangat berbeza.
Begitu juga sebaliknya yang berlaku di negara Inggris dan Sepanyol, kedua-dua negara ini memiliki bahasa bertulis yang sangat berbeza, namun begitu, bahasa isyarat yang dimiliki atau yang digunakan adalah bahasa isyarat yang sama. Bagi negara Indonesia pula, sistem yang digunakan sekarang adalah umum iaiatu terdapat 2 sistem, sistem BISINDO ( Berkenalan Dengan Sistem Isyarat Indonesia ) yang dikembangkan oleh kelompok Tunarungu sendiri melalui GERKATIN ( Gerakan Kesejahteraan Tunarungu Indonesia ) dan yang kedua adalah SIBI ( Sistem Isyarat Bahasa Indonesia ) yang dihasilkan oleh orang yang normal iaitu sama dengan sistem isyarat negara Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment