Buluh dipotong dibuat rencong,
Tidak sesuai menikam jerung,
Ada orang suka muncung-muncung,
Walaupun sedar hidungnya tak mancung,
Pergi ke Puchong membeli arang,
Hendak membakar udang dan ketam,
Muncung-muncung memandang orang,
Sedangkan orang haram tak faham.
PANTUN
|
MAKSUD
|
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.
|
Tiada guna jika mempunyai isteri yang cantik
Sekiranya dia tidak pandai memasak.
|
Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.
|
Ikan kering pun ketawa / lucu
Jika dia mendengar tupai membaca kitab.
|
Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.
|
Harimau tua termenung kerana tidak percaya
Apabila melihat kambing mencabut janggut.
|
Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.
|
Penyair berasa bimbang di hatinya
Apabila melihat ikan memanjat pokok kayu.
|
Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.
|
Penyair berasa sangat hairan
Apabila melihat burung terbang ditangkap ikan.
|
Pendapat:
Bahasa sindiran tidak sesuai untuk digunakan dalam kalangan orang-orang yang kurang berpendidikan kerana bahasanya yang berkias-kias..
No comments:
Post a Comment