SeLaMaT DaTaNg kE BloG DaiRi SoSiOLinGuiStIk MiELaSaiD91

Tuesday, 26 March 2013

KEBURUKAN BAHASA ROJAK

HAI KAWAN-KAWAN...:D
 new entri..new entri..setelah berfikir panjang dan memerah otak...saya telah mengambil keputusan untuk menerangkan mengenai keburukan menggunakan bahasa rojak...

kawan-kawan harus baca untuk tambahkan pengetahuan...:)..di samping dapat menambah idea untuk mengarang karangan nanti..:P



Gejala bahasa rojak sememangnya meninggalkan impak negatif yang semakin ketara. Antara impak penggunaan bahasa rojak ialah melahirkan genarasi muda yang tidak menguasai bahasa Melayu dengan betul sepenuhnya.

Fenomena ini akan memperlihatkan situasi masyarakat yang tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan dengan matang dan seolah-olah kelihatan tidak serius. Impaknya, gejala ini secara tidak langsung akan menghakis ketulenan bahasa Melayu secara perlahan-lahan dalam kalangan masyarakat.


Ø Menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik.


Ø Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.


Ø Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.


Ø Menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.


Ø Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Bahasa Melayu adalah warisan karya yang menandai ketinggian pemikiran dan estetika bangsa kita.







No comments:

Post a Comment