SeLaMaT DaTaNg kE BloG DaiRi SoSiOLinGuiStIk MiELaSaiD91

Tuesday, 26 March 2013

KEBURUKAN BAHASA ROJAK

HAI KAWAN-KAWAN...:D
 new entri..new entri..setelah berfikir panjang dan memerah otak...saya telah mengambil keputusan untuk menerangkan mengenai keburukan menggunakan bahasa rojak...

kawan-kawan harus baca untuk tambahkan pengetahuan...:)..di samping dapat menambah idea untuk mengarang karangan nanti..:P



Gejala bahasa rojak sememangnya meninggalkan impak negatif yang semakin ketara. Antara impak penggunaan bahasa rojak ialah melahirkan genarasi muda yang tidak menguasai bahasa Melayu dengan betul sepenuhnya.

Fenomena ini akan memperlihatkan situasi masyarakat yang tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan dengan matang dan seolah-olah kelihatan tidak serius. Impaknya, gejala ini secara tidak langsung akan menghakis ketulenan bahasa Melayu secara perlahan-lahan dalam kalangan masyarakat.


Ø Menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik.


Ø Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.


Ø Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.


Ø Menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.


Ø Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Bahasa Melayu adalah warisan karya yang menandai ketinggian pemikiran dan estetika bangsa kita.







Monday, 25 March 2013

PUNCA BAHASA ROJAK

HAI KAWAN-KAWAN..SALAM KETEMU LAGI...!!!WING WING WING!!!
HUH! bestnye cuti kat pineng...kalau pegi satu family lagi best kan...

haaa..kawan-kawan..hari ini saya dapat entri baru untuk diceritakan kepada kawan-kawan semua...:)

ape 2??????????????
sape nak tahu punca-punca timbulnye bahase rojak..?

kalau nak tahu...

KENA LAR BACE ENTRI NIH SAMPAI ABES...KEHKEHKEH..:P

hari ini mila dapat satu pengetahuan baru iaitu punca terjadinya bahasa rojak..

punca pertama yang dapat dikesan adalah:

 Penggunaan bahasa rojak pada papan tanda dan iklan. Kita dapat melihat deretan papan tanda mahupun papan- papan iklan di seluruh pelusuk negara yang secara jelas telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Contohnya, di plaza tol lebuhraya terdapat papan tanda yang menggunakan bahasa rojak yang berbunyi,“Lorong Touch n Go”.

punca kedua yang dapat dikesan adalah..jeng jeng jeng!!!

Penggunaan bahasa rojak dalam internet dan pertuturan seharian. Dewasa ini, sekiranya kita singkap laman di internet terutamanya laman ‛e-mail’ dan chat’ kita mungkin terperanjat jika melihat betapa ramainya pengunjung di laman itu yang menggunakan bahasa rojak. Perkataan–perkataan seperti sorry sangat (minta maaf sangat) , sangat tired (sangat letih) sering kali digunapakai oleh pengunjung di laman internet dan dalam pertuturan seharian mereka.

punca ketiga seterusnya dikesan..:)

Punca utama penggunaan bahasa rojak ialah sikap penutur sendiri.Hal ini kerana sikap penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi.Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam bahasa Inggeris yang sebenar.Oleh sebab itu, mereka akan cuba melatih kemahiran berbahasa Inggeris terutamanya para pelajar sekolah luar bandar. Mereka akan cuba menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan harian meskipun tidak mempunyai kemahiran.

punca keempat kawan-kawan...:P

Selain itu, penggunaan bahasa dalam media cetak dan elektronik turut menyumbang kepada permasalahan ini. Hal ini disebabkan kebanyakan dalam media sama ada media cetak mahupun media elektronik tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.Malah golongan yang terkenal dan terpelajar tidak terkecuali menggunakan bahasa rojak. Hal ini menunjukkan bangsa Malaysia lebih bangga bertutur dalam bahasa yang bercampuran berbanding daripada menggunakan bahasa Melayu yang betul.

Sunday, 24 March 2013

BAHASA SINDIRAN

 Bahasa Sindiran ialah bahasa yang menggunakan perkataan secara dikias-kiaskan atau diarahkan dengan perkara lain kerana tidak mahu menyebutnya secara berterus-terang. Padahal perkataan yang ditujukan itu adalah kepada seseorang yang tidak disebutkan dengan terang-terangan.



Buluh dipotong dibuat rencong,

Tidak sesuai menikam jerung,

Ada orang suka muncung-muncung,

Walaupun sedar hidungnya tak mancung,








Pergi ke Puchong membeli arang,

Hendak membakar udang dan ketam,

Muncung-muncung memandang orang,

Sedangkan orang haram tak faham.
                                                                     







PANTUN
MAKSUD
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.



Tiada guna jika mempunyai isteri yang cantik
Sekiranya dia tidak pandai memasak.
Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.



Ikan kering pun ketawa / lucu
Jika dia mendengar tupai membaca kitab.
Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.



Harimau tua termenung kerana tidak percaya
Apabila melihat kambing mencabut janggut.
Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.



Penyair berasa bimbang di hatinya
Apabila melihat ikan memanjat pokok kayu.
Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.



Penyair berasa sangat hairan
Apabila melihat burung terbang ditangkap ikan.


Pendapat:

Bahasa sindiran tidak sesuai untuk digunakan dalam kalangan orang-orang yang kurang berpendidikan kerana bahasanya yang berkias-kias..


Thursday, 21 March 2013

BAHASA HALUS






Bahasa halus menurut Kamus Dewan Edisi Empat menyatakan bahawa bahasa halus itu adalah merupakan bahasa atau perkataan lain yang lenih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain. Misalnya menggunakan perkataan meninggal dunia bagi menggantikan penggunaan perkataan mati. 


Antara ciri-ciri bahasa Halus adlah:

Bahasa halus merupakan suatu sistem bahasa yang beradat, 
bersopan santun dan berbudaya tinggi

kata ganti nama sopan santun adalah
ayahanda, bonda,
anakanda, kakanda,
adinda dan nenda

bahasa halus juga nama yang lengkap, sopan
pengucapan lembut dan menimbulkan kemesraan.




                                                                                                                       
                                                                                                                                                                    
Bahasa kasar
Bahasa halus
Mati/mampus
Meninggal dunia / pulang ke rahmatullah
Orang gaji
Pembantu rumah
Jaga
Pengawal keselamatan
Jamban
Tandas
Kencing
Buang air kecil
Bini
Orang rumah
Melantak
Makan
          


Wednesday, 20 March 2013

BAHASA BASAHAN

?
??
???
????
?????
??????
???????                                                         
??????
?????
????
???
??
                                                                                    ?

Bahasa Basahan
bahasa ini adalah sejenis bahasa yang digunakan sehari-hari dalam keadaan tidak rasmi.  Bahasa basahan juga bahasa yang bersifat percakapan atau basahan. Bahasa Basahan ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari yang tidak mementingkan unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu ia tidak digunakan dalam tulisan atau ucapan rasmi. bentuknya pula sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga daerah.

Bahasa Basahan ialah bahasa yang bersifat percakapan atau basahan atau bahasa kolokial. Za'ba mendefinisikan bahasa basahan sebagai bahasa cakap mulut. Bahasa ini tidak mementingkan peraturan bahasa. Hal yang dilihat lebih penting ialah kefahaman antara penutur dengan pendengar. Oleh itu, bahasa ini tidak digunakan dalam bentuk lisan atau tulisan, terutama dalam situasi formal atau rasmi. bentuknya sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga.

contoh Bahasa Basahan ialah:


Bahasa Melayu Baku
Bahasa Basahan
sedang
tengah
sahaja
saja
kamu semua
korang
kami
kitaorang
sudah
dah
mahu
nak
pada papan putih
dekat papan putih



Pendapat:

Bahasa Basahan ialah bahasa percakapan yang digunakan dalam perbualan seharian. Bahasa ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi gaya penulisan kita. Penggunaan bahasa ini hendaklah dikurangkan penggunaannya kerana penggunaan bahasa Melayu tinggi perlu dititikberatkan terutama dalam majlis formal, iaiatu ketika proses pengajaran dan pembelajaran atau kuliah berlaku, sesi pembentangan, ucapan rasmi, status pendengar dan sebagainya.

Tuesday, 19 March 2013

DIALEK NEGERI PERAK



KEDUDUKAN ADIK BERADIK
PANGGILAN ISTERI
PANGGILAN SUAMI

Sulung
Ende
Uda
Anak Ke-Dua
Wan Andak
Andak
Anak Ke-Tiga
Wan Anjang
Anjang
Anak Ke-Empat
Wah
We
Anak Ke-Lima
Wanchek
Achek
Anak Ke-Enam
Chu
Ayah Chu
Anak Bongsu
Mak Adik
Ayah Adik


Saya mempunyai rakan yang sangat ramai yang berasal daripada Negeri Perak ini. Namun begitu, saya tidak sekalipun mendengar mereka bertutur dalam bahasa Perak yang seasli-aslinya seperti yang terdapat dalam contoh diatas. Hal ini membuatkan saya tertanya-tanya dan terasa ingin merungkaikan persoalan tentang dialek ini dengan usaha sendiri. Walaupun usaha yang dilakukan oleh saya adalah tidak seberapa, namun melalui pencarian inilah saya dapat mengenal dengan lebih dekat tentang bahasa-bahasa yang wujud di Malaysia ini.

                 Pada pendapat saya, bahasa yang terdapat di Malaysia adalah unik dan sangat terasing jika ianya didengar oleh golongan yang belum terbiasa dengan pelbagai bahasa. Contoh seperti ini dapat kita lihat terutamanya apabila berada di tempat-tempat belajar seperti di IPTA dan IPTS. Hal ini berlaku kerana pelbagai pelajar dari pelbagai pelosok negeri akan bertembung disitu. Oleh itu, pelajar-pelajar yang akan menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran didalam harus cuba menyesuaikan diri dengan penggunaan bahasa Melayu Standard yang mudah difahami oleh semua golongan masyarakat.

Monday, 18 March 2013

DIALEK NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan boleh dianggap sebagai satu kawasan yang mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. masyarakatnya mempunyai ciri-ciri bahasa atau dialek yang berbeza daripada bahasa Melayu yang standard. dialek Negeri Sembilan yang ada sekarang merupakan aspek budaya yang banyak dipengaruhi oleh dialek Minangkabau.

menurut sejarah, sebahagian besar penduduk Negeri Sembilan sekarang adalah keturunan orang-orang Minangkabau yang berhijrah ke beberapa kawasan dalam semenanjung Malaysia, terutama Negeri Sembilan. salah satu unsur dialek Negeri Sembilan yang mendapat pengaruh dialek Minangkabau itu ialah bunyi vokalnya. orang-orang Negeri Sembilan daripada dialek umum bahasa bertutur menggunakan dialek tersendiri.

perbezaan dialek umum bahasa Melayu terletak pada sebutan kata-katanya. disini saya telah memuat naikkan lagu baru versi Negeri Sembilan. Saya harap anda suka mendengarnya.





Pendapat:
Pada pandangan dan pembacaan saya, dialek Negeri Sembilan merupakan salah satu dialek yang boleh dikatakan unik dan tersendiri. ramai yang menganggap bahawa dialek Negeri Sembilan merupakan bahasa Minangkabau. Sebenarnya, dialek Negeri Sembilan bukanlah bahasa Minangkabau tetapi merupakan dia yang kebanyakannya hanya menerima perubahan dari segi fonologi atau sebutan.

            Penggunaan dialek ini tidak bermaksud kita terlalu mengagungkan dialek ketika bercakap dengan orang yang berasal dari negeri lain. Hal ini kerana mereka mungkin akan menganggap bahawa percakapan kita itu berniat untuk memerli mereka kerana mereka tidak memahami maksud perkara sebenar yang kita turturkan.