SeLaMaT DaTaNg kE BloG DaiRi SoSiOLinGuiStIk MiELaSaiD91

Sunday, 31 March 2013

BAHASA KEBANGSAAN


KAWAN-KAWAN SEMUA!!!! guest what????
entri bagi minggu ini adalah berkenaan dengan bahasa malaysia...bahasa kebangsaan kita...:D

Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacanapolitik dan undang-undang dan ditetapkan sebagai kerajaan negara tersebut.
Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan, seperti Kanada, yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris. Bahasa kebangsaan boleh jadi sama dengan bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat negara tersebut.
bahasa kebangsaan menurut kamus dewan adalah:
bahasa yg diterima dan digunakan oleh rakyat sesebuah negara sbg alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan negara.

Thursday, 28 March 2013

ISU-ISU BAHASA ROJAK

assalamualaikum kawan-kawan yang disayangi semua...!!!..:D

entri baru entri baru..terkini dan terhangat di otak saya buat minggu ini...:P

masih lagi berkenaan dengan bahasa rojak..

hari ini kita akan didedahkan dengan isu-isu bahasa rojak..
mengapa bahasa rojak dijadikan isu..adakah penggunaannya dalam kalangan masyarakat semakin menular????

antara isu-isu bahasa rojak yang dapat saya kongsikan disini adalah...:

isu yang pertama..:

* TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh disebabkan oleh kebimbangan orang ramai.

isu yang kedua:

* Menurut Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, nama-nama jalan di Putrajaya seharusnya berpandukan kepada istilah-istilah warisan negara dan bukan menggunakan nama-nama barat seperti Precinct,Boulevard dan Parcel.

isu yang ketiga:

* Majalah komik seperti majalah Ujang dan Apo menggunakan perkataan atau frasa yang ditulis dalam bahasa rojak.

isu yang keempat:

* Trend penggunaan bahasa rojak sebagai sebahagian kata-kata seharian kita. Contohnya ialah “dorang”, "kitorang", “glamour”, “line-up”, perkataan Melayu yang direka-reka, dipendekkan ataupun kata-kata yang diambil daripada bahasa asing.

pendapat:-

Bahasa rojak digunakan secara meluas terutamanya dalam kalangan remaja bandar di Malaysia,sekaligus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Kerajaan memutuskan bagi melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutamanya dalam sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan bahasa rojak. 

Wednesday, 27 March 2013

KEBAIKAN BAHASA ROJAK

hai kawan-kawan....:D
disini akan tersedia entri yang baru...tetapi tetap masih berkenaan dengan bahasa rojak..
pada hari kelmarin kita mempelajari mengenai keburukan bahasa rojak...namun hari ini kita akan melihat pula kepada kebaikan bahasa rojak...:D

setiap yang terjadi pasti ada pro dan kontranya...baik dan buruknya...

entri ini akan saya muatkan mengenai kebaikan menggunakan bahasa rojak..:P

antara kebaikan penggunaan bahasa rojak adalah seperti beikut...:


  • Bahasa rojak lebih mudah dalam konteks memberi kefahaman kepada orang lain.
  • Bahasa rojak mempunyai sifat memudahkan dan gemar dituturi oleh masyarakat Malaysia menyebabkan ia dianggap sebagai bahasa sebenar masyarakat Malaysia. (sumber:John Lee Ming Keong, "Proud to be a Malaysian",2010)
  • Bahasa rojak merupakan cara yang lebih efektif dalam menyampaikan mesej.

Tuesday, 26 March 2013

KEBURUKAN BAHASA ROJAK

HAI KAWAN-KAWAN...:D
 new entri..new entri..setelah berfikir panjang dan memerah otak...saya telah mengambil keputusan untuk menerangkan mengenai keburukan menggunakan bahasa rojak...

kawan-kawan harus baca untuk tambahkan pengetahuan...:)..di samping dapat menambah idea untuk mengarang karangan nanti..:P



Gejala bahasa rojak sememangnya meninggalkan impak negatif yang semakin ketara. Antara impak penggunaan bahasa rojak ialah melahirkan genarasi muda yang tidak menguasai bahasa Melayu dengan betul sepenuhnya.

Fenomena ini akan memperlihatkan situasi masyarakat yang tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan dengan matang dan seolah-olah kelihatan tidak serius. Impaknya, gejala ini secara tidak langsung akan menghakis ketulenan bahasa Melayu secara perlahan-lahan dalam kalangan masyarakat.


Ø Menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik.


Ø Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus menimbulkan salah faham.


Ø Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.


Ø Menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang.


Ø Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Bahasa Melayu adalah warisan karya yang menandai ketinggian pemikiran dan estetika bangsa kita.







Monday, 25 March 2013

PUNCA BAHASA ROJAK

HAI KAWAN-KAWAN..SALAM KETEMU LAGI...!!!WING WING WING!!!
HUH! bestnye cuti kat pineng...kalau pegi satu family lagi best kan...

haaa..kawan-kawan..hari ini saya dapat entri baru untuk diceritakan kepada kawan-kawan semua...:)

ape 2??????????????
sape nak tahu punca-punca timbulnye bahase rojak..?

kalau nak tahu...

KENA LAR BACE ENTRI NIH SAMPAI ABES...KEHKEHKEH..:P

hari ini mila dapat satu pengetahuan baru iaitu punca terjadinya bahasa rojak..

punca pertama yang dapat dikesan adalah:

 Penggunaan bahasa rojak pada papan tanda dan iklan. Kita dapat melihat deretan papan tanda mahupun papan- papan iklan di seluruh pelusuk negara yang secara jelas telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Contohnya, di plaza tol lebuhraya terdapat papan tanda yang menggunakan bahasa rojak yang berbunyi,“Lorong Touch n Go”.

punca kedua yang dapat dikesan adalah..jeng jeng jeng!!!

Penggunaan bahasa rojak dalam internet dan pertuturan seharian. Dewasa ini, sekiranya kita singkap laman di internet terutamanya laman ‛e-mail’ dan chat’ kita mungkin terperanjat jika melihat betapa ramainya pengunjung di laman itu yang menggunakan bahasa rojak. Perkataan–perkataan seperti sorry sangat (minta maaf sangat) , sangat tired (sangat letih) sering kali digunapakai oleh pengunjung di laman internet dan dalam pertuturan seharian mereka.

punca ketiga seterusnya dikesan..:)

Punca utama penggunaan bahasa rojak ialah sikap penutur sendiri.Hal ini kerana sikap penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi.Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam bahasa Inggeris yang sebenar.Oleh sebab itu, mereka akan cuba melatih kemahiran berbahasa Inggeris terutamanya para pelajar sekolah luar bandar. Mereka akan cuba menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan harian meskipun tidak mempunyai kemahiran.

punca keempat kawan-kawan...:P

Selain itu, penggunaan bahasa dalam media cetak dan elektronik turut menyumbang kepada permasalahan ini. Hal ini disebabkan kebanyakan dalam media sama ada media cetak mahupun media elektronik tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.Malah golongan yang terkenal dan terpelajar tidak terkecuali menggunakan bahasa rojak. Hal ini menunjukkan bangsa Malaysia lebih bangga bertutur dalam bahasa yang bercampuran berbanding daripada menggunakan bahasa Melayu yang betul.

Sunday, 24 March 2013

BAHASA SINDIRAN

 Bahasa Sindiran ialah bahasa yang menggunakan perkataan secara dikias-kiaskan atau diarahkan dengan perkara lain kerana tidak mahu menyebutnya secara berterus-terang. Padahal perkataan yang ditujukan itu adalah kepada seseorang yang tidak disebutkan dengan terang-terangan.



Buluh dipotong dibuat rencong,

Tidak sesuai menikam jerung,

Ada orang suka muncung-muncung,

Walaupun sedar hidungnya tak mancung,








Pergi ke Puchong membeli arang,

Hendak membakar udang dan ketam,

Muncung-muncung memandang orang,

Sedangkan orang haram tak faham.
                                                                     







PANTUN
MAKSUD
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.



Tiada guna jika mempunyai isteri yang cantik
Sekiranya dia tidak pandai memasak.
Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.



Ikan kering pun ketawa / lucu
Jika dia mendengar tupai membaca kitab.
Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.



Harimau tua termenung kerana tidak percaya
Apabila melihat kambing mencabut janggut.
Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.



Penyair berasa bimbang di hatinya
Apabila melihat ikan memanjat pokok kayu.
Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.



Penyair berasa sangat hairan
Apabila melihat burung terbang ditangkap ikan.


Pendapat:

Bahasa sindiran tidak sesuai untuk digunakan dalam kalangan orang-orang yang kurang berpendidikan kerana bahasanya yang berkias-kias..


Thursday, 21 March 2013

BAHASA HALUS






Bahasa halus menurut Kamus Dewan Edisi Empat menyatakan bahawa bahasa halus itu adalah merupakan bahasa atau perkataan lain yang lenih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain. Misalnya menggunakan perkataan meninggal dunia bagi menggantikan penggunaan perkataan mati. 


Antara ciri-ciri bahasa Halus adlah:

Bahasa halus merupakan suatu sistem bahasa yang beradat, 
bersopan santun dan berbudaya tinggi

kata ganti nama sopan santun adalah
ayahanda, bonda,
anakanda, kakanda,
adinda dan nenda

bahasa halus juga nama yang lengkap, sopan
pengucapan lembut dan menimbulkan kemesraan.




                                                                                                                       
                                                                                                                                                                    
Bahasa kasar
Bahasa halus
Mati/mampus
Meninggal dunia / pulang ke rahmatullah
Orang gaji
Pembantu rumah
Jaga
Pengawal keselamatan
Jamban
Tandas
Kencing
Buang air kecil
Bini
Orang rumah
Melantak
Makan