SeLaMaT DaTaNg kE BloG DaiRi SoSiOLinGuiStIk MiELaSaiD91

Thursday 7 March 2013

AYAH

Assalamualaikum kawan-kawan!
Berjumpa lagi kita pada hari ini dengan tajuk yang baru iaitu 'Ayah'.


Ayah adalah merupakan manusia keempat yang perlu kita hormati setelah ibu. "Siapakah orang pertama yang perlu saya hormati?", " Ibumu.", "kedua?", "Ibumu", "ketiga?", "Juga ibumu", "keempat?", " Barulah ayahmu."
Walaupun ayah adalah orang ke-4 yang perlu dihormati, tetapi aku tetap menghormati ayahku sehormatnya aku terhadap ibuku. Ayahku yang sudah tua, sering diminta untuk diurut kerana terasa sengal-sengal kuat bekerja. Ayah aku kelihatan sangat tua tetapi ayahku adalah lelaki yang paling kacak dalam dunia ini. Lelaki pertama yang berjaya menambat hatiku.  Setiap hari aku melihat ayahku semakin dimakan usia, dimamah masa tua dengan kulihat kulitnya yang sudah berkedut-kedut sebagai tanda berlakunya penuaan terhadap tubuh ayah aku. 
Kulitnya yang berkedut dihiasi dengan urat-urat tua yang timbul dan menampakkan bentuknya yang menjalar keseluruh tubuh ayahku disertai parut hasil daripada kerja kerasnya sebagai seorang petani tua sahaja. Apabila tiba waktu senja, pulanglah ayahku untuk merehatkan tubuhnya yang sudah lemah. Tubuh yang hanya sesuai untuk dimanjakan dan dibelai oleh anak-anaknya yang sudah dewasa, tetapi dibiarkan bekerja keras untuk menyara ahli keluarganya yang lain iaitu yang masih belajar dan kecil misalnya seperti aku sebagai anak sulungnya.
Selesai bekerja, ayahku akan pulang ke rumah dengan senyuman, harapan dihati dapat menjamah sedikit makanan untuk mengembalikan tenaga. Disitu aku lihat matanya yang sudah berselaput putih dan sedikit kemerah-merahan akibat terlalu memerah keringatnya yang sudah tidak seberapa itu.
Disitulah aku melihat keistimewaan ayah aku, walaupun kadangkala ayahku sering memarahi kami adik-beradik. Tetapi aku memegang prinsip bahawa ' marah itu tanda sayang'.
sayang ayah sangat-sangat!!!

No comments:

Post a Comment