SeLaMaT DaTaNg kE BloG DaiRi SoSiOLinGuiStIk MiELaSaiD91

Wednesday 20 March 2013

BAHASA BASAHAN

?
??
???
????
?????
??????
???????                                                         
??????
?????
????
???
??
                                                                                    ?

Bahasa Basahan
bahasa ini adalah sejenis bahasa yang digunakan sehari-hari dalam keadaan tidak rasmi.  Bahasa basahan juga bahasa yang bersifat percakapan atau basahan. Bahasa Basahan ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari yang tidak mementingkan unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu ia tidak digunakan dalam tulisan atau ucapan rasmi. bentuknya pula sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga daerah.

Bahasa Basahan ialah bahasa yang bersifat percakapan atau basahan atau bahasa kolokial. Za'ba mendefinisikan bahasa basahan sebagai bahasa cakap mulut. Bahasa ini tidak mementingkan peraturan bahasa. Hal yang dilihat lebih penting ialah kefahaman antara penutur dengan pendengar. Oleh itu, bahasa ini tidak digunakan dalam bentuk lisan atau tulisan, terutama dalam situasi formal atau rasmi. bentuknya sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga.

contoh Bahasa Basahan ialah:


Bahasa Melayu Baku
Bahasa Basahan
sedang
tengah
sahaja
saja
kamu semua
korang
kami
kitaorang
sudah
dah
mahu
nak
pada papan putih
dekat papan putih



Pendapat:

Bahasa Basahan ialah bahasa percakapan yang digunakan dalam perbualan seharian. Bahasa ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi gaya penulisan kita. Penggunaan bahasa ini hendaklah dikurangkan penggunaannya kerana penggunaan bahasa Melayu tinggi perlu dititikberatkan terutama dalam majlis formal, iaiatu ketika proses pengajaran dan pembelajaran atau kuliah berlaku, sesi pembentangan, ucapan rasmi, status pendengar dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment