SeLaMaT DaTaNg kE BloG DaiRi SoSiOLinGuiStIk MiELaSaiD91

Sunday 10 March 2013

PENGEMBARAAN

ASSALAMUALAIKUM..
SELAMAT SEJAHTERA KAWAN-KAWAN SEMUA!

Ikuti saya dalam kisah yang seterusnya iaitu 'pengembaraan'.


Sebenarnya saya telah mengikuti satu pengembara yang hebat apabila membaca novel pendek yang dihasilkan oleh seorang penulis yang bernama Prof. Dr.Ahmad Zaki bin Abu Bakar. Beliau telah menghasilkan sebuah novel yang bertajuk ' Wira Persona Avatari '. Novel ini mengisahkan sekumpulan remaja yang terdiri daripada Anas, Adeen, Aina, Pauline, Zuraini dan Anjali. Mereka menyertai pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

        Pertandingan itu telah diadakan di Pasar Raya Anggun. Sebelum menyertai pertandingan, mereka menghadapi pelbagai cabaran. Antara cabaran besar yang dihadapi mereka termasuklah alatan yang diperlukan untuk menyertai pertandingan tersebut. Mereka memerlukan sebuah komputer yang canggih untuk digunakan dalam pertandingan tersebut, tetapi mereka tidak mampu membelinya kerana kosnya dianggarkan RM50,000.

           Masalah tersebut dapat diatasi kerana ayah Pauline, iaitu Encik Ho Shao Long sudi meminjamkan komputernya yang pernah digunakan dalam pertandingan yang sama 10 tahun yang lalu. Selain itu, mereka menghadapi masalah untuk membentuk pasukan kerana syarat pertandingan itu memerlukan setiap pasukan terdiri daripada lima orang.

            Akhirnya, mereka berjaya membentuk pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Pauline, Kumar, dan Adeen. Namun, tidak lama kemudian Kumar menarik diri. Masalah ini dapat diatasi apabila mereka bertemu dengan Anjali yang bersedia menjadi ahli pasukan mereka. Semasa pertandingan pusingan kedua hendak bermula, mereka menghadapi masalah besar apabila cip komputer didapati hilang.

             Nasib baik, Pak Cik Tan membawa litar gantian. Adeen, mengambil cip yang ada pada litar gantian tersebut. Selepas itu, Pasukan Zamrud II berhadapan dengan masalah lagi. Aina pula yang ditimpa kemalangan. Dia ditembak oleh penceroboh yang menceroboh bilik persalinan mereka ketika waktu rehat. Nasib baik, Zuiraini dapat menggantikan tempat aina. Akhirnya pasukan Zamrud II berjaya menjadi johan dalam pertandingan tersebut.

               Aina yang berada di hospital semakin sembuh. Dia mendapat khabar gembira, iaitu pasukan Zamrud II telah memenangi Pertandingan Avatari Kebangsaan Kesepuluh dan ayahnya yang hilang di Laut Andaman semasa menjalankan kajian telah ditemui selamat.
                  

SEKIAN TERIMA KASIH!
SEMOGA BERTEMU LAGI!

No comments:

Post a Comment