SeLaMaT DaTaNg kE BloG DaiRi SoSiOLinGuiStIk MiELaSaiD91

Monday 4 March 2013

KEDATANGAN

Hari Kedua
KEDATANGAN

Assalamualaikum kawan-kawan!!!


Hari ini tajuk perkongsian saya adalah bertajuk 'kedatangan'. Pada 04 Mac 2013 yang lalu, satu situasi yang tidak disangkakan telah berlaku iaitu berlakunya sebuah 'kehilangan'. 
( urmmmmm...kehilangan ape ye kawan-kawan?)
Sebenarnya pada 04 Mac yang lalu, saya dan rakan-rakan telah berkunjung ke KL atau Kuala Lumpur, pelbagai tempat yang telah kami kunjungi pada hari tersebut, misalnya seperti Pasar Seni, Petaling Jaya Street, KL Sentral dan stesen akhir kami iaitu di MidValley.
Tujuan kami yang paling utama adalah untuk menghabiskan penggunaan Baucer Buku 1 Malaysia iaitu sebanyak RM250 tersebut. Bagi memudahkan perjalanan pulang, kami semua mengambil keputusan untuk berkunjung di MPH. Disitu kami cuba mendapatkan pelbagai kelengkapan bagi sesi perkuliahan seperti buku rujukan, buku nota, pen, pensil dan sebagainya.
Akibat daripada jumlah pengunjung yang terlalu ramai, saya dan rakan-rakan telah mengambil keputusan untuk berpecah. Beberapa orang rakan saya yang lain beratur untuk membuat pembayaran di kaunter, manakala saya dan 2 orang lagi rakan saya mengambil keputusan untuk menunaikan Fardhu Asar. Ketika saya sedang sembahyang, saya telah bertindak lalai, iaitu meninggalkan beg sandang serta barang-barang penting di rak kain telekung.
Akibat daripada itu, setelah menyudahi tugas saya sebagai hamba-Nya, saya menyedari bahawa terdapat kesan penyelongkaran telah berlaku terhadap beg sandang saya. Setelah diteliti dan diperiksa dengan sebaik mungkin, 'wallet' kesayangan saya yang berwarna coklat gelap berjenama Cael Deon yang diberikan oleh kakak saya telah hilang. 

Pada ketika itu, jantung saya berdegup sangat kencang kerana menyedari bahawa segala dokumen-dokumen yang penting terdapat di dalam dompet tersebut.
Kedatangan...
ke Bandar Besar Kuala Lumpur..
Sekian, terima kasih..jumpa lagi dalam kisah saya yang seterusnya..>_<

No comments:

Post a Comment