SeLaMaT DaTaNg kE BloG DaiRi SoSiOLinGuiStIk MiELaSaiD91

Thursday 7 March 2013

SAHABAT


SAHABAT

Assalamualaikum!!!

Hai kawan-kawan. Ikuti kisah saya yang seterusnya iaitu sahabat.

Apabila saya mendengar perkataan 'sahabat', saya tidak memahami maknanya sahabat. saya mempunyai kenalan yang sangat ramai tetapi saya tidak mempunyai seorang sahabat.  Betulkah setiap insan akan mempunyai sahabatnya yang tersendiri?. Jika begitu, dimanakah sahabat saya berada? atau mungkin saya memang tidak mempunyai sahabatTanggapan ini adalah salah sama sekali setelah saya mengenali dan menyedari apa itu makna sahabat.

Saya mempunyai ramai sahabat, siapa? tidak perlulah saya kenalkan disini, cukuplah sekadar dalam pengetahuan saya seorang. Saya cuma ingin meluahkan bahawa saya sangat sayangkan mereka, terutamanya  kepada salah seorang sahabat yang hanya mencari saya ketika saya memerlukan dia dalam keadaan susah dan senang.

Sahabat ini akan ada ketika saya susah, sedih, sakit, dan dia cuba mengembirakan saya dengan apa jua cara termasuklah mengeluarkan perberlanjaan, asalkan saya bahagia. Saya sangat sayangkan dia dan saya juga tahu, dia juga sayangkan saya. In Shaa Allah

Saya menangis, dia juga menangis, saya sakit, dia yang akan tolong jagakan saya sehingga saya sihat semula. Antara hal yang turut dilakukan adalah seperti mengurut, memicit kepala dan cuba mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh saya. Saya terharu dan juga terasa malu. Saya juga tidak menyangka bahawa saya mempunyai sahabat tanpa saya sedari. Betullah seperti yang dikatakan.Alhamdullillah

Sahabat yang baik,
Akan menegur,
Sahabat yang baik,
Rela ditegur,
Sahabat yang baik,
Menghargai kita,
Sahabat yang baik,
Tidak perlu diminta-minta.


Kepada sahabat-sahabat sekalian, jasa kamu semua tidak akan saya lupakan dengan mudah! Saya berharap kamu semua akan bahagia di dunia dan juga di akhirat.
"Kami 'buddies' takkan terpisah!!"
'Teruskan rakan-rakanku, doaku mengiringi kamu semua, moga hidupmu maju jaya.'

ASSALAMUALAIKUM


No comments:

Post a Comment