SeLaMaT DaTaNg kE BloG DaiRi SoSiOLinGuiStIk MiELaSaiD91

Sunday 3 March 2013

HUJAN


MINGGU 1
Hari pertama
HUJAN....>_<


what was the meaning of rain? Apakah itu hujan? Menurut Cikgu Ahmadi bin Ahmad, iaitu merangkap sebagai guru saya semasa saya menyertai aktiviti Kokurikulum Permainan Bola Baling menyatakan bahawa 'hujan adalah merupakan titisan air yang jatuh daripada langit'
Hujan? kenapa saya bercerita tentang hujan? hujan mempunyai seribu satu rasa yang tersembunyi disebaliknya...memang benar fakta yang dinyatakan bahawa ' hujan itu membawa rahmat'.
Kisahku di kampus UPSI, ketika hujan galak membasahi bumi Tanjong Malim, disitu aku lihat terdapat keistimewaan hujan itu walaupun pelbagai rungutan yang aku dengar. Pada hari itu, aku mendapat satu kenangan yang boleh dianggap sebagai satu kenangan yang melibatkan masyarakat yang berbilang kaum. Pertemuan di antara kaum iaitu Melayu, Cina dan India telah terjadi dan bagiku pertemuan ini sangat indah.
Aku mengenakan payung untuk mengelak daripada dibasahi air hujan, ketika semua pelajar termasuk aku sendiri berebut-rebut untuk mendapatkan ruang untuk memasuki bas ( takut nanti 'full tank'..hehehehehe..)
Seorang lelaki berbangsa India secara tidak sengaja telah masuk berlindung di bawah payung milik aku. Aku agak tersentak apabila situasi hujan dan ditambah pula dengan pelajar-pelajar lain yang saling tolak-menolak. Ianya telah menyebabkan lelaki tersebut telah dihujani oleh air hujan yang menuruni dari payungku sendiri. Lalu dia berkata kepada aku " Terima kasih kerana sudi tumpangkan payung awak.".Begitulah kisahnya aku dengan si kaum India itu. Setelah tiba dihadapan pintu bas, akhirnya aku dapat memboloskan diri aq ke dalam bas, namun malang sekali tidak ada 'seat' yang kosong. Terpaksalah aku berdiri. Dihadapan aku terdapat seorang pelajar kaum Cina. bagi aku dia sangat cantik. Setelah bas mula bergerak, aku dapati perempuan Cina tersebut tidak mempunyai tempat untuk memaut untuk mengelakkan daripada terjatuh. Lalu secara tidak sengaja dia telah memaut tangan aku dengan seeratnya untuk mengelak daripada terperosok ke hadapan. Aku secara tidak sengaja tersenyum sendiri melihat telatah-telatah manusia di dalam bas itu. Lalu perempuan tersebut mengucapkan "terima kasih.".Sekian cerita saya.Assalamualaikum
^_^

1 comment:

  1. menarik..kalau huraian dan emosi dipanjangkan itu awe

    ReplyDelete