SeLaMaT DaTaNg kE BloG DaiRi SoSiOLinGuiStIk MiELaSaiD91

Monday 18 March 2013

DIALEK NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan boleh dianggap sebagai satu kawasan yang mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. masyarakatnya mempunyai ciri-ciri bahasa atau dialek yang berbeza daripada bahasa Melayu yang standard. dialek Negeri Sembilan yang ada sekarang merupakan aspek budaya yang banyak dipengaruhi oleh dialek Minangkabau.

menurut sejarah, sebahagian besar penduduk Negeri Sembilan sekarang adalah keturunan orang-orang Minangkabau yang berhijrah ke beberapa kawasan dalam semenanjung Malaysia, terutama Negeri Sembilan. salah satu unsur dialek Negeri Sembilan yang mendapat pengaruh dialek Minangkabau itu ialah bunyi vokalnya. orang-orang Negeri Sembilan daripada dialek umum bahasa bertutur menggunakan dialek tersendiri.

perbezaan dialek umum bahasa Melayu terletak pada sebutan kata-katanya. disini saya telah memuat naikkan lagu baru versi Negeri Sembilan. Saya harap anda suka mendengarnya.





Pendapat:
Pada pandangan dan pembacaan saya, dialek Negeri Sembilan merupakan salah satu dialek yang boleh dikatakan unik dan tersendiri. ramai yang menganggap bahawa dialek Negeri Sembilan merupakan bahasa Minangkabau. Sebenarnya, dialek Negeri Sembilan bukanlah bahasa Minangkabau tetapi merupakan dia yang kebanyakannya hanya menerima perubahan dari segi fonologi atau sebutan.

            Penggunaan dialek ini tidak bermaksud kita terlalu mengagungkan dialek ketika bercakap dengan orang yang berasal dari negeri lain. Hal ini kerana mereka mungkin akan menganggap bahawa percakapan kita itu berniat untuk memerli mereka kerana mereka tidak memahami maksud perkara sebenar yang kita turturkan.


No comments:

Post a Comment