SeLaMaT DaTaNg kE BloG DaiRi SoSiOLinGuiStIk MiELaSaiD91

Monday 11 March 2013

BAHASA ROJAK


Bahasa Rojak? Penggunaan bahasa rojak di kalangan masyarakat kini kian menjadi-jadi. Ketika ini sehinggakan trend penggunaan bahasa rojak atau bahasa basahan ini sudah sebati dalam kehidupa kita seharian. kita tidak menafikan penggunaan bahasa rojak ini banyak digunakan oleh golongan perniagaan atatau korporat.penggunaan bahasa rojak ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa dalam bahasa Melayu yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat.

          Apabila ditinjau melalui perspektif sejarah, kita tidak dapat mengelak daripada penggunaan bahasa rojak seawal penjajahan ekonomi ketika kedaulatan Melaka sebagai sebuah empayar entrepot suatu ketika dahulu. sebagai negeri pelabuhan, Melaka menarik ramai pedagang yang keseluruhannya bertutur lebh 80 bahasa daripada pelbagai bangsa dan budaya. hal ini merupakan sebahagian daripada bahasa penghubung yang dikenali sebagai " bahasa rojak". Semasa pemerintahan Parameswara, dua kumpulan pedagang akan mencuba untuk bertutur dalam apa-apa jua bahasa bagi mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain, dan hasilnya ialah bahasa pijin atau bahasa rojak. Menjelang tahun 1511, Melaka mempunyai jumlah penduduk sebanyak 50 ribu orang termasuk komuniti pedagang yang bertutur dalam 84 bahasa.
  
          Isu bahasa rojak berlanjutan apabila pihak media turut menyumbang kepada percambahannya. penggunaan Sure Heboh dalam media pernah menjadi polemik yang berpanjangan sehinggalah pihak kabinet masuk campur bagi meredakan keadaan. Zaman milenium turut menyaksikan banyak media terutama komik yang meremehkan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
          

No comments:

Post a Comment