SeLaMaT DaTaNg kE BloG DaiRi SoSiOLinGuiStIk MiELaSaiD91

Thursday 14 March 2013

DIALEK KEDAH


 BAHASA KEDAH

Bahasa Melayu Kedah merupakan salah satu dialek yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di negeri Kedah, Penang, Perak dan juga Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun. Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang terdiri daripada Kedah Persisiran ( standard ), Baling ataupun Kedah Hulu, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain-ain lagi.

Antara contoh bahasa Melayu Dialek Kedah adalah seperti :-


Dialek Kedah (Subdialek Piawai)Bahasa Melayu Piawai (Malaysia)
HangKamu, Engkau
CekSaya, Kamu
Depa/lepaMereka
Hangpa/hampaKalian
Sepa (Hanya digunakan disesetengah tempat)Kami
PiPergi
MaiDatang, Mari
AwatPasai paMengapa
LaSekarang
Sat/satgiSebentar, Sekejap
MengkalaBila, Apabila
KetegaqDegil, Keras Kepala
Jom (digunakan secara meluas dalam Bahasa Melayu)Ayuh, Mari
Kot (digunakan secara meluas dalam Bahasa Melayu)Mungkin, Barangkali
GeqekBasikal (juga digunakan oleh Masyarakat dikawasan bandar)
MertunTukul
TengalungBaling
qabatPanjat
LiganKejar
Lok LaqTak senonoh
KetitGigit kecil
TokokGigit
BelemuihComot


No comments:

Post a Comment